JAMU SUSUK DARA

Wednesday, 7 March 2018

Kekal bertenaga dan positif

Tip-tip memulakan hari pertama anda

7 Tips Memulakan Hari Pertama Bekerja Anda Pada Setiap Minggu:

✔1. Bangun awal sebelum Subuh untuk mendapatkan mood kerja yang baik. Suasana dingin dan segar membangkitkan mood ceria di pagi hari. (Jangan tidur balik selepas Solat Subuh pula)

✔2. Buat Things To Do, TTD setiap hari terutama hari Ahad/Isnin. Jika ada yang tidak sempat disiapkan maka bawa ke depan tetapi jangan suka menangguh!

✔3. Letakkan matlamat yang ingin dicapai pada minggu itu. Cth jika buat sales, berapa banyak yang boleh kita tingkatkan. Jika dalam bidang servis pula, berapa ramai manusia yang dapat kita bantu.

✔4. Lakukan sedikit senaman ringan sebelum ke tempat kerja. Degupan jantung yang kuat selepas bersenam akan  melancarkan pengaliran darah ke otak dan memberikan anda kesegaran yang berpanjangan.

✔5. Ambil sedikit sarapan ringan sebelum memulakan kerja. Jangan bersarapan pada jam 9/10 pagi. Itu akan melambatkan produktiviti kerja anda seterusnya membuatkan semua orang stress dan anda menjadi MALAS.

✔6. Mulakan hari anda dengan senyuman ceria. Jangan biarkan logistik negatif menguasai senyuman anda. Anda yang menentukan rentak positif hari anda. 

✔7.  Biarkan cahaya matahari masuk dan menyinari ruang pejabat anda. Jangan biarkan diri anda menjadi kelawar jadian di siang hari. Cahaya yang terang akan membuka mata anda dan mengelakkan anda mengantuk pada pagi hari. 

========================

Anda rasa tips ini membantu anda? Mengapa tidak mahu kongsikan tips ini kepada rakan sepejabat anda? 

Mulakan hari anda dengan berkongsi tips kebaikan seperti ini kepada insan lain. Hanya perlu SHARE sahaja.

Jom klik di sini --> http://on.fb.me/VmzUsl

No comments:

Post a Comment