JAMU SUSUK DARA

Monday 19 January 2015

Tak kenal maka tak cinta

As Salam n Salam sejahtera..
Say diperkenalkan dengan JAMU SUSUK DARA pada bulan November tahun 2013 semasa pantang anak no3.Masa Itu saya sudah membeli jamu sendiri untuk supliment semasa pantang.cuma terrfikir panjang hendak sapu herba yg kt perut masa pakai bengkung.saya terfikir 2 3 Kali ketika hendak pkai disebabkan sudah tahu mesti akan bersepah herba itu diatas katil.Hendak dijadikan cerita kawan yg memperkenalkan saya itu terus offer untuk membeli deep heat lotion dan masker vagina yang katanya bagus untuk yang selepas bersalin.Saya dengan yakinnya terus daftar agen  sebab saya hendak beli produk yang lain.habis beratus2 juga.Apabila brg diterima terus pakai dari feminine wash,slimming soap n deep heat lotion.Cuma masker vagina tidak dapat cuba pakai sebab masa tu pengedar beritahu jikalau makan Jamu lain tidak dibenarkan pakai walaupun masker tapi masa tu memang tidak sabar-sabar hendak pkai.Sudahnya kena tahan lagi sebulan gamaknya.

Pada permulaannya sebelum mendaftar sebagai agen saya ada tanya produk Jsd dapat tidak membantu untuk mengandung sebab saya memamg tengah berusaha menolong adik iPar saya yang sudah berkahwin selama 5thn utk mendapatkan zuriat.Memang niat dihati saya ingin membantu adik ipar saya dan juga kawan-kawan saya yang belum mendapat zuriat lagi.Bayangkan saya sudah pun dikurniakan 3 org ank tetapi mereka masih belum mendapat rezki lagi.Saya percaya rezki datag dari Allah tapi tanpa usaha pun kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan.Saya pun promote dengan adik ipar dan kawan-kawan tentang info Jsd ini dapat membantu untuk mengandung.
Alhamdulillah masa pantang saya dapat meningkatkan jualan saya bersama Jsd sehinggalah bulan 2 thn 2013 saya berminat untuk upgrade pengedar setelah stokis iaitu Yasmin memberi peluang kepada saya untuk jadi pengedar walaupun pada masa itu saya tidak berapa yakin akhirnya saya ambil peluang ini untuk belajar dan pada masa sama saya membantu wanita-wanita diluar sana untuk menyelesaikan masalah mereka.

Apa yang saya inginkan kongsi disini bukan saja hendak membantu orang lain tapi saya juga dapat membantu diri saya sendiri.Dahulu sebelum berkahwin saya mengalami senggugut yang teruk sehingga lahirnya ank no 3 dan yang ke 2 saya ada masalah kekeringan iaitu sakit bila bersama suami.Semasa habis pantang saya gap sebulan dari mengambil semua herba n mula mengaambi Jamu Jalinan Cinta 2 botol memakai masker dan Intim Gel disetai dengan pengambilan majun Choclate Love Habibi selepas 6 bulan selepas saya habis period baru saya ambil Jamu pengantin Dara.Alhamdulillah masalah saya semua selesai setelah beberapa Bulan mengamalkan semua produk Jsd dan yang paling bermakna suami saya semakin sayang dan hampir dengan kami sekerluarga.Sebenarnya suami saya memang jarang pulang ke rumah disebabkan  berkerja di kl dan saya tinggal di Nilai.Kerjayanya sebagai  pengurus belakang tabir syarikat terbitan drama yg sememangnya  berkerja tidak tentu masa dan itu  membuatkan suami saya jarang balik ke nilai disebabkan masa dan jarak jauh rumah dan tempat lokasi.BayangkanlaH bagaimana saya berkerja dan menguruskan anak-anak seorang diri disini.Semuanya tidak terurus dan saya bersyukur Alhamdulillah kini suami mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya itu dan membantu Ibunya berniaga.Semua ini sayy dapat rasakan adalah dri kebaikan Jsd dan doa-doa saya setiap hari agar Allah membuka pintu hati suami saya untuk terus tinggal bersama saya disini.selain dari dpat membantu membahagiakan kembali hubungan kami suami isteri.Saya juga bertambah sihat dan jarang saya cuti sakit disebabkan antibodi saya Kuat dan tidak pernah pun demam sejak mengamalkan produk Jsd.Saya bersyukur kehadrat Ilahi.

Pada ari ini yg paling buatkan saya gembira dan mengalirkan air mata adalah berita apabila adik iPar saya disahkan mengandung pada bulan julai selepas Hari Raya Aidilfitri.Syukur kehadrat Ilahi sebab memberi peluang untuk adik iPar saya mengandung.Memang Pada mulanya dia tidak konsisten.Bermula dengan mengambil Bln dec 2013 selepas Jamu Pengantin Dara 2x,ambil Choc Love Habibi tetapi tidak dhabiskan.Dia  suruh mak mentua saya yang makan.Jamu Aku Dara dibekalkan 2 botol pun tidak diabiskan.Sampai saya sudah malas hendak suruh dia makan saya biarkan akhirnya pada bulan march tahun lepas saya ada suruh suami dia ambik Minyak Ikat Kasih  dan Choclate Love Habibi amalkan dan adik iPar saya itu saya suruh dia ambil Jamu Pengantin Dara sekali lagi dengan intim gel dan akhirnya Bln Julai mendapat berita yang dia disahkan doktor mengandung.Alhamdulillah berkat usaha dengan Jsd dan doa Allah makbulkan permintaan kami.Itulah yang saya harapkan.Syukur  Alhamdulillah Ya Allah

Sebelum saya akhiri coretan saya kali ini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat pengasag saya Puan Hanni Borhan kerana dia byk membantu saya dari A-Z.Beliau juga yang memberi peluang kepada saya untuk membina Empayar sendiri dengan menaikkn taraf saya sebagai Stokis Jamu Susuk Dara.Sebenarnya banyak lagi yang perlu saya belajar dari beliau walaupun saya terus terang bahawa saya memangg tidak mencukupi masa hendak menjaga jemaah Jsd dan bekerja serta menjaga anak-anak serta family tetapi bagi meneruskan niat ikhlas untuk membantu wanita-wanita di luar saya teruskan usaha juga demi tangungjawap sesama umat Islam.Apa guna kalau kita mempunya ilmu tetapi tidak di kongsi bersama insan lain.

Akhir sekali apa yang ingin saya kongsikan adalah dari segi memberi manfaat dan ingin memberi peluang kepada rakan-rakan lain serta suri-surirumah mendapat pendapatan sampingan dengan menjadi agen dan pengedar-pengedar di bawah Empayar saya.Niat dihati saya agar suatu hari nanti saya dapat menjalankan perniagaan dengan mempunyai kedai sendiri serta dapat melayarkan sayap dengan membuat kelas-kelas marketing bagi meningkatkan jualan agen-agen dan pengedar-pengedar saya.Semoga apa yang saya belajar di dalam Akademi bersama Puan Normie dapat dimanfaatkan bersama-sama.Semua wanita didalam Akademi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu duduk dirumah menjaga anak-anak dan suami sambil dapat menjana pendapatan sampingan dirumah.Begitu juga saya juga tidak terlepas dari mempunyai keinginan sebegitu.Doakan agar saya dapat mencapai impian saya ini dan sekian untuk coretan kali ini dan saya akhiri dengan Assalamualaikum.Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya kali ini.


Suryane Saidin
1730pm
19jan2015

Wednesday 7 January 2015

Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil

Assalamualaikum buat semua blogger yang sudi singgah diblog saya.Bermula dari hari isnin saya dimasukkan ke Nilai Medical Centre untuk membuat pembedahan kecil dilidah yang mengalami benjolan saluran darah.Pengalaman pembedahan tanpa sebarang ubat bius memang amat menyakitkan.Walaupun doktor sekadar menyucuk jarum untuk membuang darah yang terkumpul dan memasukan ubat bagi mengecutkan benjolan itu sudah cukup untuk saya merasa sendiri kesakitan yang amat sangat.Syukur Alhamdulillah tengahari Rabu saya sudahpun dibenarkan balik atas jaminan Doktor Johar doktor pakar yang merawat saya selama beberapa tahun kerana saya tunda pembedahan ini disebabkan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Setelah pulang kerumah macam biasalah anak- anak akan terkam dulu.Ini membuatkan saya lagi bertambah keinginan untuk berkhidmat sebagai surirumah sepenuh masa.Syukurlah Doktor memberi saya cuti sakit selama seminggu dan besok bermulalah kembali tugas sebagai isteri dan ibu serta peniaga online.Bayangkan sekarang sudahpun pukul 140am mata ini masih belum mahu terpejam disebabkan membalas pm dan whatapps pelangan Jamu Susuk Dara saya.Produk yang semakin diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat produk jamu kampung yang pernah kawan-kawan saya perlekehkan kerana memperkenalkan kepada mereka.Biar apa mereka hendak kata tapi saya masih melayan setiap masalah pelanggan saya.Bukan itu saja baru hendak melelapkan mata order dari pengedar-pengedar saya pula hendak dikira.Begitulah tugas saya sebagai stokis Jamu Susuk Dara.Kehidupan saya benar-benar berubah menjadi seorang isteri dan ibu yang luar biasa.Adakah setahun lagi kehidupan saya akan benar-benar menjadi luar biasa?InsyaAllah jika saya diberi peluang belajar dan terus menimba ilmu dengan mentor saya Puan Normi tidak mustahil saya juga akan menjejaki seperti beliau menjadi seorang surirumah yang berkerjaya hanya duduk dirumah.
Persediaan saya selama 2 minggu cuti sakit sebelum ini benar-benar menguji saya kesabaran dalam menguruskan rumahtangga.Mungkin saya belum lagi bersedia dan bersyukur saya mendapat cuti lagi seminggu.Dapatalah daya menyiapkan tugas yang byk tergendala selama berpindah dirumah baru.Saya bersyukur kerana suami banyak menbantu mengemas dan menyiapkan segala keperluan dirumah baru ini.Biasalah katapun rumah baru dan semua keperluan memang benar-benar memerlukan kos yang tinggi walaupun saya dan suami tidak merancang utk membeli semuanya dengan peralatan yang baru.Itupun sudah cukup membelanjakan ribuan ringgit.Memikirkan perbelanjaan anak-anak utntuk kesekolah saya bersyukur teramat sangat kerana ke2 anak saya ditterima masuk pra-sekolah Desa Cempaka yang kos pelajaran mereka hanya yuran tahunan kurang dari rm300 untuk 2 orang.Disitu saya dan suami dah jimat kos pelajaran mereka.Walaupun jarak sekolah jauh dari rumah itu tidak medatangkan masalah pada kami untuk bertukar-tukar mengambil mereka.
Sekian dahulu untuk coretan blog malam ini.Kita bertemu lgi diblog yang akan datang.Pagi ini terlalu banyak urusan yang harus dilakukan dan saya berdoa agar Allah mempermudahkan urusan saya pagi ini.Coretan hari ini akan saya ceritakan semua apa agenda yang berlaku pada malam nanti.saya sudahi dengan ribuan terima kasih keran sudi luangkan masa membaca blog saya ini dan selamat malam serta Assalamualaikum.

Suryane Saidin
0207am 8jan14

INFORMASI...BUAT WANITA..MESTI BACA




Mengatasi stress untuk subur


Stress/tekanan/tension samaada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan. Banyak situasi dalam kehidupan kita , dirumah, dipejabat, dijalan raya dan lain2 menimbulkan stress atau ketegangan. Tetapi tidak kesemua situasi stress itu buruk; kadang2 kita memerlukan kepada situasi begini untuk menggerak...an kita berusaha , berfikir, mengatur rancaangan dan strateji dan akhirnya menjana kejayaan. Hidup kita penuh cabaran dan cubaan yang munkin menghasilkan situasi penuh stress.


Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau menangkis stress.

Berkaitan dengan isu kesuburan stress boleh mengganggu dengan beberapa cara.

1. Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.


Relaxation Techniques

Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah,ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat. Tenang fikiran bolih meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.

RAWATAN BAGI ISTERI YANG INGIN HAMIL


1. MINYAK IKAT KASIH--------------=RM65

2.CHOC LOVE HABIBI--------------=RM48

3.JAMU PENGANTIN DARA------- = RM65

4.INTIMATE GEL--------------------=RM56

5.MASKER VAGINA -----------------= RM25

6.FEMININE WASH-------------------=RM48

POS LAJU SM = RM7, POS LAJU SBH/SRWK = RM11


RAWATAN BAGI ISTERI YANG INGIN HAMIL


*sebulan pertama (isteri) :-

JPD - 3 hari pertama - (satu botol)

CLH-   Amalkan pagi dan Malam

JPD - 2 minggu sekali

MV - perlu juga digunakan, bagi menegangkan dan khasiat2 yg lain..

proses ini hingga isteri tu datang piyed ye...


*sebulan pertama (suami) :-

sementara isteri dalam rawatan pembersihan dn belum piyed, suami hendaklah makan CHOC LOVE HABI n urut  hari2  Dgn mengunakan MINYAK IKAT KASIH sebagai persediaan sementara isteri dalam rawatan pembersihan tu...

.......................................................................................

BILA ISTERI DAH PIYED!!!


* isteri perlu guna JPD lagi sekali (utk 3 hari) - satu botol


* Bila isteri dah keluarkan Jamu Susuk Rahsia Mlm Pengantin (JPD),

SEMASA HENDAK BERSAMA, PASTIKAN DIDALAM FARAJ ISTERI BEBAS KAPSUL JPD

Boleh bersama dlm masa 24 jam Selepas Kuarkan Jamu..pasti kan anda bersama waktu subur isteri

.....................................................................................

INILAH STEP UNTUK MENGANDUNG (^____^)

PERINGATAN:

Untuk rawatan ini elakkan minum air ais, jangan makan benda yang panas seperti durian, air yang bergas, madu. Jangan minum air kelapa, air alkahol atau mengambil ganja jika dilanggar pantang larang ini boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

Dptkan consultant percuma dari sy

Pm/wa/MSG 019-2626196

Tuesday 6 January 2015

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung-pengunjung blog yang saya rahmati Allah.Tiada kata-kata yang paling indah saya ucapkan hanya ucapan terima kasih untuk anda semua.Syukur kehadrat Ilahi Alhamdulillah diberi keizinNya belajar dan membuat blog setelah sekian lama saya cuba mempelajarinya akhirnya hari ini dapat juga saya menulis dan berkongsi serba sedikit pengalaman yang saya ada.Terima kasih buat mentor saya Mie Normi yang mengenalkan saya dengan Akademi Bekerja Dari Rumah mengajar saya serta memberi inspirasi untuk menulis blog seperti ini.

Sebelum menulis lebih jauh saya perkenalkan diri saya dahulu.Nama saya Suryane Binti Saidin berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan dari keluarga yang sederhana di kota metropolitan ini.Saya bersekolah disekolah rendah kerajaan Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Sek 1 dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah kebangsaan Wangsa Maju Sek 1 sehingga tingkatan 4 dan meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas Setapak.Selepas tamat SPM saya terus bekerja tetap di Hotel terkemuka 5 bintang Shangri-La hotel sebagai pelayan makanan.Pada masa itu keluarga saya tidak berkemampuan untuk menghantar saya menyambung pelajaran akhirnya bidang perhotelan menjadi pilihan saya untuk bekerja sambil menimba ilmu kerana minat dalam bidang masakan dan perkhidmatan pelanggan yang mendalam.
kalau hendak diceritakan pasal pekerjaan memang saya terlalu banyak pengalaman bekerja dihotel-hotel terkemuka serta restoren-restoren mewah di sekitar Kuala Lumpur.Selain dari pengalaman bekerja dihotel saya juga pernah menyandang tugas sebagai credit controller officer dimana kerja saya banyak berhubung melalui perbualan telefon.Setelah hampir 6 tahun bekerja di Kuala Lumpur saya mengubah angin dengan secara tidak sengaja saya memohon jawatan sebagai Customer Service Agent di Syarikat Penerbangan Malaysia Airline Berhad di KLIA untuk kali yang entah keberapa.Saya masih ingat pada pertama kalinya saya memohon jawatan sebagai Pramugari selepas habis SPM yang ditolak awal-awal disebabkan saya tidak menepati ketinggian yang diwajibkan.Rezki saya pada masa itu tidak menyebelahi tapi saya tidak pernah berputus asa untuk mencuba lagi dari tahun ke tahun seterusnya sehingga pada tahun 2004 saya memohon jawatan sebagai Pramugari tetapi saya diserap masuk ke Jabatan lain iaitu Jabatan yang saya bekerja sekarang Customer Service Department yang sudahpun mencecah 10 tahun perkhidmatan pada 4 nov 2014 lalu.
Saya berkahwin bersama suami saya Encik Fardlee ramli pada tahun 2008 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel dan saya mempunyai keluarga yang boleh dikatakan agak besar dan meriah sebab kami menjaga sekali 2 orang anak arwah adik saya yg baru meninggal 1 tahun yang lepas berserta mak saya yang tersayang.Memandangkan saya adalah anak sulung sememangnya saya yg bertanggungjawap menjaga mak dan anak-anak buah saya.Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan sekarang menetap di Kuantan.Manakala adik lelaki saya tinggal bersama saya juga dan ini membuatkan keluarga saya semakin ramai.Syukur Alhamdulillah saya baru saja berpindah dirumah yang saya beli bersama suami untuk keselesaan mereka.Walaupun kami hanya mampu beli rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur.
Bila bercerita pasal menceburkan diri dalam perniagaan ini saya bukan lah seorang yang tetiba terus berjaya dan pandai dalam perniagaan online.saya mula menceburkan diri sebagai pembeli online tegar sebenarnya.Saya kerap membeli barang-barang bayi secara online kerana pada masa itu bagi saya amat mudah dan cepat.saya tidak perlu mebuang masa,tenaga dan wang ringgit semata-mata mahu membeli belah di shoping komplek.Bermulanya dari situ saya mula berfikir untuk berniaga kecil-kecilan dengan membeli borong pakaian bayi dan kanak-kanak secara borong.Perniagaan yang saya jalankan hanyalah sekadar hobi dan tidak pernah terfikir didalam kotak fikiran saya yang saya akan menceburkan diri dalam bidang ini dengan lebih jauh.
Pada tahun 2012 setelah saya melahirkan anak saya yang ke3 saya diperkenalkan dengan satu produk herba dalaman dan luaran JAMU SUSUK DARA oleh kawan saya dimana pada ketika itu saya sedang berpantang.Dari situlah timbul minat saya untuk mencuba produk kampung ini dan tanpa berlenggah ketika itu saya terus mendaftar sebagai agen kerana mahukan harga diskaun 20% untuk barangan yang saya perlukan ketika berpantang.Produk yang saya beli ketika itu adalah DEEP HEAT LOTION dan FEMININE WASH dimana seperti disarankan oleh pengedar saya ketika itu produk ini mmg bagus untuk wanita yg baru lepas bersalin.Saya tidak disarankan untuk memcuba jamu kerana saya sudahpun membeli jamu dari produk lain dan saya tidak dibenarkan mencampur produk jamu lain jika ingin mencuba produk dri JSD.dari situlah bermulanya keinginan saya untuk menceburkan diri dalam bidang dalaman wanita ini kerana saya didedahkan dengan pelbagai 1000 1 masalah dalaman wanita ketika saya dimasukkan didalam kumpulan rahsia JSD dibawah pengedar saya ketika itu.Salah satu sebab yang lagi saya tekad adalah komuniti JSD yang saya kenali dialam maya ini bagaikan satu keluarga yang sama-sama bekerja sebagai satu kumpulan yg berganding bahu menyelesaikan masalah pelangan-pelangan mereka.mereka bukan saja berniaga malah mereka berkongsi apa saja dari segi masalah-masalah pelangan,ilmu-ilmu marketing dan macam-macam lagi.Hampir 2 bulan saya menjadi agen dan pengguna tegar JSD akhirnya saya mengumpul modal menaik taraf sebgai pengedar dan sekarang saya sudah mempunyai EMPAYAR sendiri yg dinamakan Empayar Sury dimana saya sudahpun bergelar stokis sah JAMU SUSUK DARA dan saya mempunyai lebih dari 150 orang agen dan 26 orang pengedar.Setelah hampir 2 tahun saya menceburkan diri dalam bidang ini saya diajar dan diberi kelas khusus kebidanan dari pengasas saya sendiri Puan HANNI BORHAN.matlamat saya dalam bidang ini amat tinggi dimana saya ingin memberi kesedaran dan ilmu penjagaan dalaman dan luaran wanita.Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah dalaman wanita seprti keputihan,senggugut,period tidak teratur,masalah kentut vagina,kegemukan dan sebagainya.
Akhir sekali coretan saya kali ini dapatlah para blogger mengenal serba sedikit tentang saya dan matlamat saya bila mendaftarkan diri di AKADEMI BERKERJA DIRUMAH dibawah naungan Puan Normi Yusof adalah ingin belajar lebih dalam lagi semua aspek-aspek dan ilmu-ilmu yang berguna  dari segi ilmu agama,pelajaran kanak-kanak,pengurusan masa dan wang,perniagaan online dan offline,menulis blog dan membina ukhuwah dengan semua ahli-ahli yang menjalankan perniagaan didalam akademi ini.