JAMU SUSUK DARA

Saturday, 17 March 2018

Cup cake stand

Korang nampak tak apa yg saya nampak..?

Taste depa berdua bukan main..
Saya nak cari yg biasa2 jer..
Depa bawak saya tempat cari cup cake stand jer pun ..mcmni punya meriah..

Kejam sungguh..!!
Hahahaha..

Harga dia boleh tahan
Ini yg paling murah kot..bawah rm100

Hat ni yg biasa pun dah rm289

Yg ni murah rm149

Cantik jugak kan..

Ni nampak simple rm119

Ini omeh berkilat nokkk..harga dalam rm500 lebih kot

Stok gini rumah mak2 datin molek bonar la kan

Booth

Rindu time buka booth..
Masa tu sama2 sengkang mata dgn Nurul Idayu..
Gilir2 kami jaga booth..
Kak Rinna Ibrahim dan Kak G Bee Qaseen pun ada sama2 membantu..

Masa tu balik kerja lewat pagi..bgn bsok dah berkejar nk jaga booth..sampai ke ptg sambung plak pergi kerja..

Bila niat ikhlas kami tu nak bantu org ramai.. tak pernah terfikir berapa pun keuntungan yg kami dapat tapi pengalaman tu yg buatkan kami rasa sgt2 berharga..

Kami Consult customer direct..eye to eye contact..kami buat customer yakin dgn produk yg kami sharing..

Kami buat customer gembira dgn promosi2 yg dijalankan dari HQ.Kami tak kaut keuntungan 
semata2 malah kami beri full consultation Percuma walaupun customer tu tidak membeli..

Beza dgn skang ni..semuanya fikir nak untung..sampai duk fikir berniaga jer sbb nak untung..kuar modal trs tnya bape untung dapat..
Ingat semai benih hari ni besok dah kuar bunga..

Kalo mcm tu dah pasang niat..abaikan ajelah keinginan nak berniaga tu ye..
Kena ingat kita berniaga sbb nak bantu mslh customer..jika niat yg betul barulah keuntungan itu dtg dgn sendirinya dgn izin dari Allah...

Sekadar renungan bersama..

Roti Loaf

Siap sarapan pagi besok..

3 ketol Loaf 1 kg tepung yg konon nak buat Pau Viral mak ko hijo..

Tak dan nak mengentel kita campak masuk oven trs..


Jadikan hari ini adalah hari yg paling bahagia dan gembira buat kita..

Peluang utk kita menikmati setiap apa juga yg datang pada kita kerana itulah lumrah kita hidup didunia ini..

Kehidupan kita semua sama cuma yg membezakan kita adalah cara kita melalui dugaan dan rintangan yg Allah sudah tetapkan pada kita..

Setiap suka..duka dan tragisnya suatu peristiwa pasti ada kemanisannya kemudian hari..percayalah..

Hi sahabat..
Sarapan apa tu..?

Sunday, 11 March 2018

Ibu yg bertenaga sepanjang hari

ASSALAMUALAIKUM dan selamat tghari kamu yg goges..






Pagi ni nak share rahsia saya bersama JSD ni..

Bangun pagi2, perut kosong.
Bagi yang sedang diet, tak mo lapar jangan skip breakfast.
Makan coklat love habibi dengan susu panas. Baru makan breakfast macam biasa.
Sure...
Pembuangan lancar.
Angin keluar menderu.
Perut akan jadi kempis dan lembut. Kenyang sentiasa.
Badan ringan.

Untuk tenaga booster,
Nak celik cergas dan aktif.
Perut kosong makan coklat love habibi dengan air kopi.tapi sbbkan kopi anggun pesona tak da stok saya amalkan susuk berlian minuman bercolegen herbarium 
Baru serapan seperti biasa.
Tengok penangan kerja. Keluar peluh pon tak rasa letih.dapat bonus kulit cantik dan mengurangkan berat badan..

Coklat love habibi ini adalah majun lembut yang kena gentel sendiri apabila mahu dimakan.
Elok dimakan suami isteri.
Sehari 3kali.
Sangat bagus untuk mengekalkan tenaga aktif, menghilangkan kepenatan.

Faedah makan berterusan, 
Dalam tempoh antara 3 hari ke 7hari, membaik pulih keinginan nafsu syahwat baik untuk suami mahupon isteri yang dingin.

Faedah tambahan untuk wanita, makan yang berterusan menjadikan datang bulan yang tepat setiap bulan.

Kandungan herba dalam majun ini
Tongkat ali hitam,
Daun derhaka mertua,
Madu kelulut, 
Dan beberapa herba perkasa khas untuk lelaki sebenarnya.
Herba daun derhaka mertua menjadikan bonus sampingan utk wanita pula.
Walhal daun derhaka mentua dikategorikan bagus untuk lelaki untuk melancarkan per edaran darah.

Saya sangat rekemen pada mereka suami isteri yang mempunyai nafsu syahwat yang dingin untuk amalkan coklat love habibi.

Pada mereka yang tidak datang bulan digalakkan makan.

Pada mereka yang lesu.

Pada mereka yang susah buang air besar.

Pada mereka yang perut buncit.

Pada mereka yang kerap mengantuk.

Pada mereka yang sentiasa lapar.

Pada mereka yang sedang sakit senggugut minum bersama air suam.

Saya galakkan, makanlah coklat love habibi.
Rasa rempah yang sangat manis, lembut, lemak2 sedap dikunyah.

Semoga bermanfaat dan salam sayang dari saya..

💋Mami Sury💋

Thursday, 8 March 2018

Jimat Ekonomi

Boleh jer hidup kan..?
Janji reti manage kewangan..
Tapi kena ingat barang semakin hari semakin naik..

Kena fikirkan sesuatu..berbincanglah dgn psgan elok2..apa2 kita buat biarlah keluarga diutamakan dahulu..

#EmpireSrOhsem


Ayam pencen

Masuk nak beli santan jer pun..
Dapat santan nampak ayam..

Lepas dikira dihitung..
keuntungan 5 hengget buat dropship dgn JSD..dah boleh bagi ank2 kita makan ayam sekoq..

Alhamdulillah..
siapa nak bagi kan..untung2 boleh buat Rendang..makan dgn Nasi Impit..tak payah tunggu raya..kan Syahrain Lysor

#EmpireSrOhsem
#Berjimat
#MenuDinner


Wednesday, 7 March 2018

Kekal bertenaga dan positif

Tip-tip memulakan hari pertama anda

7 Tips Memulakan Hari Pertama Bekerja Anda Pada Setiap Minggu:

✔1. Bangun awal sebelum Subuh untuk mendapatkan mood kerja yang baik. Suasana dingin dan segar membangkitkan mood ceria di pagi hari. (Jangan tidur balik selepas Solat Subuh pula)

✔2. Buat Things To Do, TTD setiap hari terutama hari Ahad/Isnin. Jika ada yang tidak sempat disiapkan maka bawa ke depan tetapi jangan suka menangguh!

✔3. Letakkan matlamat yang ingin dicapai pada minggu itu. Cth jika buat sales, berapa banyak yang boleh kita tingkatkan. Jika dalam bidang servis pula, berapa ramai manusia yang dapat kita bantu.

✔4. Lakukan sedikit senaman ringan sebelum ke tempat kerja. Degupan jantung yang kuat selepas bersenam akan  melancarkan pengaliran darah ke otak dan memberikan anda kesegaran yang berpanjangan.

✔5. Ambil sedikit sarapan ringan sebelum memulakan kerja. Jangan bersarapan pada jam 9/10 pagi. Itu akan melambatkan produktiviti kerja anda seterusnya membuatkan semua orang stress dan anda menjadi MALAS.

✔6. Mulakan hari anda dengan senyuman ceria. Jangan biarkan logistik negatif menguasai senyuman anda. Anda yang menentukan rentak positif hari anda. 

✔7.  Biarkan cahaya matahari masuk dan menyinari ruang pejabat anda. Jangan biarkan diri anda menjadi kelawar jadian di siang hari. Cahaya yang terang akan membuka mata anda dan mengelakkan anda mengantuk pada pagi hari. 

========================

Anda rasa tips ini membantu anda? Mengapa tidak mahu kongsikan tips ini kepada rakan sepejabat anda? 

Mulakan hari anda dengan berkongsi tips kebaikan seperti ini kepada insan lain. Hanya perlu SHARE sahaja.

Jom klik di sini --> http://on.fb.me/VmzUsl

Monday, 5 March 2018

Ayam Kampung Masak Lemak

Tu dia...
Ayam kg Masak Lemak..
.
Dia makan siap tnya..
"Tak buh santan ke yang..?"
Korang nak jawap apa dah ditanya soklan gitu..
.
Saya jawap..
" 2 kotak santan buh sayang...biasalah..nak pure kenalah santan kelapa baru kick.."
.
Dia Tak nampak minyak punya bergenang dalam kuah tu..nak pekat mcmne lagi Kan..
.
Bila dapat suami yg tahu Masak..dia sound tepek tu mmg biasa dah telinga Ni dengar..time tu jgk nak sentap mmg Tak la dilayan Kan..mmg gelak2 jer Masa diTanya tu..hahaha..

Tengok dalam periuk ajaibku tadi..dah abis jgk setengah periuk dia sorang jer makan...
tu tandanya..?

#lovemyhusband
#tamaklakisendiri


Sunday, 4 March 2018

Ayam Kampung Masak Lemak

Air tangan isteri dgn penuh kasih sayang..

Ayam kampung Masak Lemak cili api ni mmg salah 1 dari kegemaran suami.Kalau nak masak pastikan ayam kampung..pedas dan menepati citarasa encik suami..

Bila kita masak tu tambah sampai berpinggan-pinggan..tandanya sedap lah tu..tak payah offer nasi tambah dia sendiri akan ambik tambah sendiri..

Saya akan share menu masak lemak dengan awak semua..Pastikan masak dengan muka manis senyuman semua ada..macam masak gak la..cukup bahan semua pastu sedap kan..

Lagi 1 nak tambah saya masak gunakan periuk ajaib Noxxa..mmg sekejapnya masaknya sebab ayam kg ni mmg liat..pakai dapur biasa mmg berjam la nak duduk kat dapur..Guna Noxxa ni dalam 15 min pun dah siap boleh makan dah..nak lagi lembut biarkan sampai 30 minit.

Ayam kampung Masak Lemak Cili Padi

1 ekor ayam kampung/ayam pencen
20 biji cili padi ( ikut suka nak pedas atau kurang pedas )
1 biji bawang besar
2 sudu serbuk kunyit ( nak power guna sebesar ibu jari kunyit hidup )
~ cili,bawang > dikisar,ditumbuk sehingga lumat
2 batang serai ( dititik )
4 biji kentang ( potong 4 )
1 kotak santan ( kalo santan kelapa sebiji )
1 liter air
Garam secukupnya

Cara2
Masukkan semua bahan dalam periuk ..kecuali kentang..tekan Stir fry ..biarkan air ayam tu keluar..dah sebati semua masukkan air.. tekan stop lepas tu tekan HP 15 minit..
Dah berbunyi bep..bep..bep..buka masukkan santan tekan lagi HP 10 minit..biarkan sehingga berbunyi lagi
Akhir sekali masukkan kentang biarkan lagi 5 minit..cara yg sama HP 5 minit

Selamat mencuba...

Masu




Ari ni big boss cuti..dapatla makan ayor tangan isteri yg tak bapo pandai nak masak ni..

Menu berpantang

Tadi Masak ayam kg Masak Lemak..tetiba post Sup Ikan merah..

Ini menu pantang dik..utk hakak la..utk suami hakak biarla dia enjoy makan sorang2..hahahahaha..

#berpantangJSD