Sebelum menulis lebih jauh saya perkenalkan diri saya dahulu.Nama saya Suryane Binti Saidin berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan dari keluarga yang sederhana di kota metropolitan ini.Saya bersekolah disekolah rendah kerajaan Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Sek 1 dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah kebangsaan Wangsa Maju Sek 1 sehingga tingkatan 4 dan meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas Setapak.Selepas tamat SPM saya terus bekerja tetap di Hotel terkemuka 5 bintang Shangri-La hotel sebagai pelayan makanan.Pada masa itu keluarga saya tidak berkemampuan untuk menghantar saya menyambung pelajaran akhirnya bidang perhotelan menjadi pilihan saya untuk bekerja sambil menimba ilmu kerana minat dalam bidang masakan dan perkhidmatan pelanggan yang mendalam.
kalau hendak diceritakan pasal pekerjaan memang saya terlalu banyak pengalaman bekerja dihotel-hotel terkemuka serta restoren-restoren mewah di sekitar Kuala Lumpur.Selain dari pengalaman bekerja dihotel saya juga pernah menyandang tugas sebagai credit controller officer dimana kerja saya banyak berhubung melalui perbualan telefon.Setelah hampir 6 tahun bekerja di Kuala Lumpur saya mengubah angin dengan secara tidak sengaja saya memohon jawatan sebagai Customer Service Agent di Syarikat Penerbangan Malaysia Airline Berhad di KLIA untuk kali yang entah keberapa.Saya masih ingat pada pertama kalinya saya memohon jawatan sebagai Pramugari selepas habis SPM yang ditolak awal-awal disebabkan saya tidak menepati ketinggian yang diwajibkan.Rezki saya pada masa itu tidak menyebelahi tapi saya tidak pernah berputus asa untuk mencuba lagi dari tahun ke tahun seterusnya sehingga pada tahun 2004 saya memohon jawatan sebagai Pramugari tetapi saya diserap masuk ke Jabatan lain iaitu Jabatan yang saya bekerja sekarang Customer Service Department yang sudahpun mencecah 10 tahun perkhidmatan pada 4 nov 2014 lalu.
Saya berkahwin bersama suami saya Encik Fardlee ramli pada tahun 2008 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel dan saya mempunyai keluarga yang boleh dikatakan agak besar dan meriah sebab kami menjaga sekali 2 orang anak arwah adik saya yg baru meninggal 1 tahun yang lepas berserta mak saya yang tersayang.Memandangkan saya adalah anak sulung sememangnya saya yg bertanggungjawap menjaga mak dan anak-anak buah saya.Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan sekarang menetap di Kuantan.Manakala adik lelaki saya tinggal bersama saya juga dan ini membuatkan keluarga saya semakin ramai.Syukur Alhamdulillah saya baru saja berpindah dirumah yang saya beli bersama suami untuk keselesaan mereka.Walaupun kami hanya mampu beli rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur.
Bila bercerita pasal menceburkan diri dalam perniagaan ini saya bukan lah seorang yang tetiba terus berjaya dan pandai dalam perniagaan online.saya mula menceburkan diri sebagai pembeli online tegar sebenarnya.Saya kerap membeli barang-barang bayi secara online kerana pada masa itu bagi saya amat mudah dan cepat.saya tidak perlu mebuang masa,tenaga dan wang ringgit semata-mata mahu membeli belah di shoping komplek.Bermulanya dari situ saya mula berfikir untuk berniaga kecil-kecilan dengan membeli borong pakaian bayi dan kanak-kanak secara borong.Perniagaan yang saya jalankan hanyalah sekadar hobi dan tidak pernah terfikir didalam kotak fikiran saya yang saya akan menceburkan diri dalam bidang ini dengan lebih jauh.
Pada tahun 2012 setelah saya melahirkan anak saya yang ke3 saya diperkenalkan dengan satu produk herba dalaman dan luaran JAMU SUSUK DARA oleh kawan saya dimana pada ketika itu saya sedang berpantang.Dari situlah timbul minat saya untuk mencuba produk kampung ini dan tanpa berlenggah ketika itu saya terus mendaftar sebagai agen kerana mahukan harga diskaun 20% untuk barangan yang saya perlukan ketika berpantang.Produk yang saya beli ketika itu adalah DEEP HEAT LOTION dan FEMININE WASH dimana seperti disarankan oleh pengedar saya ketika itu produk ini mmg bagus untuk wanita yg baru lepas bersalin.Saya tidak disarankan untuk memcuba jamu kerana saya sudahpun membeli jamu dari produk lain dan saya tidak dibenarkan mencampur produk jamu lain jika ingin mencuba produk dri JSD.dari situlah bermulanya keinginan saya untuk menceburkan diri dalam bidang dalaman wanita ini kerana saya didedahkan dengan pelbagai 1000 1 masalah dalaman wanita ketika saya dimasukkan didalam kumpulan rahsia JSD dibawah pengedar saya ketika itu.Salah satu sebab yang lagi saya tekad adalah komuniti JSD yang saya kenali dialam maya ini bagaikan satu keluarga yang sama-sama bekerja sebagai satu kumpulan yg berganding bahu menyelesaikan masalah pelangan-pelangan mereka.mereka bukan saja berniaga malah mereka berkongsi apa saja dari segi masalah-masalah pelangan,ilmu-ilmu marketing dan macam-macam lagi.Hampir 2 bulan saya menjadi agen dan pengguna tegar JSD akhirnya saya mengumpul modal menaik taraf sebgai pengedar dan sekarang saya sudah mempunyai EMPAYAR sendiri yg dinamakan Empayar Sury dimana saya sudahpun bergelar stokis sah JAMU SUSUK DARA dan saya mempunyai lebih dari 150 orang agen dan 26 orang pengedar.Setelah hampir 2 tahun saya menceburkan diri dalam bidang ini saya diajar dan diberi kelas khusus kebidanan dari pengasas saya sendiri Puan HANNI BORHAN.matlamat saya dalam bidang ini amat tinggi dimana saya ingin memberi kesedaran dan ilmu penjagaan dalaman dan luaran wanita.Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah dalaman wanita seprti keputihan,senggugut,period tidak teratur,masalah kentut vagina,kegemukan dan sebagainya.
Akhir sekali coretan saya kali ini dapatlah para blogger mengenal serba sedikit tentang saya dan matlamat saya bila mendaftarkan diri di AKADEMI BERKERJA DIRUMAH dibawah naungan Puan Normi Yusof adalah ingin belajar lebih dalam lagi semua aspek-aspek dan ilmu-ilmu yang berguna dari segi ilmu agama,pelajaran kanak-kanak,pengurusan masa dan wang,perniagaan online dan offline,menulis blog dan membina ukhuwah dengan semua ahli-ahli yang menjalankan perniagaan didalam akademi ini.
No comments:
Post a Comment