JAMU SUSUK DARA

Wednesday, 7 January 2015

Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil

Assalamualaikum buat semua blogger yang sudi singgah diblog saya.Bermula dari hari isnin saya dimasukkan ke Nilai Medical Centre untuk membuat pembedahan kecil dilidah yang mengalami benjolan saluran darah.Pengalaman pembedahan tanpa sebarang ubat bius memang amat menyakitkan.Walaupun doktor sekadar menyucuk jarum untuk membuang darah yang terkumpul dan memasukan ubat bagi mengecutkan benjolan itu sudah cukup untuk saya merasa sendiri kesakitan yang amat sangat.Syukur Alhamdulillah tengahari Rabu saya sudahpun dibenarkan balik atas jaminan Doktor Johar doktor pakar yang merawat saya selama beberapa tahun kerana saya tunda pembedahan ini disebabkan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Setelah pulang kerumah macam biasalah anak- anak akan terkam dulu.Ini membuatkan saya lagi bertambah keinginan untuk berkhidmat sebagai surirumah sepenuh masa.Syukurlah Doktor memberi saya cuti sakit selama seminggu dan besok bermulalah kembali tugas sebagai isteri dan ibu serta peniaga online.Bayangkan sekarang sudahpun pukul 140am mata ini masih belum mahu terpejam disebabkan membalas pm dan whatapps pelangan Jamu Susuk Dara saya.Produk yang semakin diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat produk jamu kampung yang pernah kawan-kawan saya perlekehkan kerana memperkenalkan kepada mereka.Biar apa mereka hendak kata tapi saya masih melayan setiap masalah pelanggan saya.Bukan itu saja baru hendak melelapkan mata order dari pengedar-pengedar saya pula hendak dikira.Begitulah tugas saya sebagai stokis Jamu Susuk Dara.Kehidupan saya benar-benar berubah menjadi seorang isteri dan ibu yang luar biasa.Adakah setahun lagi kehidupan saya akan benar-benar menjadi luar biasa?InsyaAllah jika saya diberi peluang belajar dan terus menimba ilmu dengan mentor saya Puan Normi tidak mustahil saya juga akan menjejaki seperti beliau menjadi seorang surirumah yang berkerjaya hanya duduk dirumah.
Persediaan saya selama 2 minggu cuti sakit sebelum ini benar-benar menguji saya kesabaran dalam menguruskan rumahtangga.Mungkin saya belum lagi bersedia dan bersyukur saya mendapat cuti lagi seminggu.Dapatalah daya menyiapkan tugas yang byk tergendala selama berpindah dirumah baru.Saya bersyukur kerana suami banyak menbantu mengemas dan menyiapkan segala keperluan dirumah baru ini.Biasalah katapun rumah baru dan semua keperluan memang benar-benar memerlukan kos yang tinggi walaupun saya dan suami tidak merancang utk membeli semuanya dengan peralatan yang baru.Itupun sudah cukup membelanjakan ribuan ringgit.Memikirkan perbelanjaan anak-anak utntuk kesekolah saya bersyukur teramat sangat kerana ke2 anak saya ditterima masuk pra-sekolah Desa Cempaka yang kos pelajaran mereka hanya yuran tahunan kurang dari rm300 untuk 2 orang.Disitu saya dan suami dah jimat kos pelajaran mereka.Walaupun jarak sekolah jauh dari rumah itu tidak medatangkan masalah pada kami untuk bertukar-tukar mengambil mereka.
Sekian dahulu untuk coretan blog malam ini.Kita bertemu lgi diblog yang akan datang.Pagi ini terlalu banyak urusan yang harus dilakukan dan saya berdoa agar Allah mempermudahkan urusan saya pagi ini.Coretan hari ini akan saya ceritakan semua apa agenda yang berlaku pada malam nanti.saya sudahi dengan ribuan terima kasih keran sudi luangkan masa membaca blog saya ini dan selamat malam serta Assalamualaikum.

Suryane Saidin
0207am 8jan14

No comments:

Post a Comment